Pemain baru Liverpool, Dominik Szoboszlai, akan menyarung jersi nombor lapan sambil mengakui bekas kapten, Steven Gerrard, merupakan inspirasi dalam karier bola sepaknya.
Pemain berusia 22 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun -- bergantung kepada permit kerja -- untuk menyertai The Reds daripada kelab Bundesliga, RB Leipzig, dua hari selepas Liverpool menghidupkan klausa pelepasannya beberapa jam sebelum ia tamat tempoh.
Szoboszlai akan menyarung jersi yang ditinggalkan Naby Keita, yang sebelum ini turut ditandatangani Liverpool daripada Leipzig, tetapi nombor berkenaan jelas amat dikenali oleh pemain tengah iyu.
"Sudah pasti ia nombor yang hebat, ramai pemain pernah menggunakan nombor ini dan saya juga mempunyai tatu kata-kata dari Steven Gerrard, jadi ia juga antara sebabnya," kata Szoboszlai dalam laman web rasmi kelab itu.
"Ketika saya kanak-kanak, sejujurnya saya tidak banyak menonton bola sepak tetapi sudah pasti apabila Liga Juara-Juara Eropah (UCL) atau perlawanan besar, saya sentiasa menyaksikan Liverpool, kelab besar dengan pemain yang besar -- dan antara yang terbesar.
"Tiga atau empat hari lalu amat panjang, ia tidak semudah yang disangka. Tetapi pada akhirnya, saya berada di sini. Saya amat gembira dan tidak sabar untuk memulakannya," katanya.
Pemain kebangsaan Hungary itu merupakan pemain kedua ditandatangani Liverpool musim panas ini dalam usaha untuk memperkuatkan jentera tengah mereka selepas mendatangkan pemenang Piala Dunia berusia 24 tahun bersama Argentina, Alexis Mac Allister, daripada Brighton.