Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Status masih tanda tanya, tiada jalan kembali buat Marcus Rashford -- Legenda Man Utd

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marcusrashford.jpg
'Tiada jalan kembali untuknya' -- Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Rio Ferdinand terhadap Marcus Rashford berikutan komen ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, mengenai etika profesionalisme.

Rashford tidak beraksi untuk The Red Devils sejak 12 Disember lalu.

Dan berikutan kemenangan 1-0 Red Devils ke atas Fulham,  Amorim berseloroh mahu menurunkan jurulatih penjaga gol, Jorge Vital, dalam skuadnya berbanding Rashford.

Komen itu dibuat selepas Rashford tidak menunjukkan minat ketika latihan dan mempamerkan persembahan tidak menentu.

Sejak itu, pemain kebangsaan England itu menyatakan hasratnya untuk mencari cabaran baharu dan Ferdinand percaya bulan ini adalah masa yang sesuai untuk dia meninggalkan pasukan itu.

"Sekiranya saya adalah pemain yang dikatakannya, sudah tentu hati saya, kebanggaan saya, ego saya berasa malu.

 

"Bagi seseorang yang mempersoalkan prestasi sambil mengatakan anda kurang usaha dan mengambil jalan pintas, itu adalah komen yang jelik.

"Tidak ada jalan kembali untuk Marcus selepas itu. Jika dia kembali, itu bermakna pemain lain juga boleh berbuat demikian," katanya.

Rashford telah bersama United sejak 2005 selain membuat 426 penampilan untuk dalam semua pertandingan termasuk menjaringkan 138 gol dan melakukan 63 bantuan jaringan.

Ferdinand tahu kualiti yang dimiliki Rashford, tetapi merasakan pemain berusia 27 tahun itu akan membuat kenyataan umum jika komen terbaru Amorim menyebelahinya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video