Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Southampton tolak tawaran ketiga Liverpool dapatkan Romeo Lavia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

romeo-lavia.jpg
Liverpool terus kecewa dalam pemburuan pemain tengah Southampton, Romeo Lavia.

Ini selepas tawaran ketiga yang dikemukakan mereka ditolak kelab Liga Kejuaraan berkenaan.

Selepas dua tawaran awal ditolak, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melancarkan tawaran ketiga bernilai £46 juta (RM268.45 juta) tetapi ia sekali lagi tidak diterima, demikian dilaporkan agensi berita, PA.

The Saints difahamkan meletak tanda harga £50 juta (RM291.80 juta) buat permain berkenaan, yang hanya melakukan 29 penampilan EPL musim lalu.

Bagaimanapun, perbincangan di antara kedua-dua pihak dijangka akan berterusan musim panas ini.


 

Advertisement

Must Watch Video