Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Southampton pecah rekod perpindahan termahal kelab datangkan Sulemana dari Rennes

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kamaldeen-sulemana.jpg
Southampton memecahkan rekod perpindahan termahal kelab itu apabila menandatangani pemain sayap Ghana, Kamaldeen Sulemana, dari Rennes dengan tanda harga £22 juta (RM115.59 juta).

Sulemana, 22, menyertai Rennes menjelang musim 2021-22 sebelum melakukan 20 penampilan dengan 11 daripadanya sebagai kesebelasan utama dalam kempen Ligue 1 pertamanya.

Bagaimanapun, musimnya tamat lebih awal apabila dia mengalami kecederaan pada Februari tahun lalu.

Dia kemudian bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama musim ini dengan hanya memulakan dua perlawanan tetapi mendapat pemangkin terbaiknya menerusi aksi luar biasanya bersama Ghana dalam Piala Dunia Qatar hujung tahun lalu.

Sulemana beraksi dalam kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan buat Ghana dalam kejohanan itu, di mana dia mencatatkan larian terpantas (35.7km/j) mengatasi kesemua pemain lain.

Dia juga memiliki 15 penampilan peringkat antarabangsa setakat ini tetapi penyerang lincah itu masih belum mendaftarkan sebarang jaringan buat negaranya.

Yuran perpindahan £22 juta untuk mendapatkannya itu mengatasi rekod tertinggi yang pernah dikeluarkan Southampton ketika mendatangkan Danny Ings daripada Liverpool pada 2019 (£20 juta).
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video