Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Smith tidak salahkan Maddison gagal jaring penalti ketika Leicester seri dengan Everton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dean-smiths-side-were-held-by-everton.jpg
LEICESTER CITY 2 EVERTON 2

Pengurus Leicester City, Dean Smith, tidak menyalahkan James Maddison selepas pemain itu gagal menjaringkan sepakan penalti ketika terikat 2-2 dengan Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power awal pagi tadi.

Jordan Pickford menyelamatkan sepakan penalti penyerang itu dalam babak pertama, sekali gus menafikan kelebihan 3-1 buat Leicester sebelum jaringan penyamaan Alex Iwobi memberikan satu mata berharga buat The Toffees.

Gol pembukaan Dominic Calvert-Lewin menerusi sepakan penalti meletakkan Everton di depan seawal minit ke-15 sebelum Caglar Soyuncu dan Jamie Vardy memadamkan kelebihan itu sepanjang 45 minit pertama penuh aksi.

Keputusan seri itu mengeluarkan Leicester daripada zon penyingkiran dengan perbezaan gol manakala Everton -- yang kehilangan khidmat Seamus Coleman kerana kecederaan lutut serius -- kekal berada di tangga kedua tercorot berbaki empat perlawanan musim ini.

Smith berkata: "James merupakan penjaring terbanyak kami. Jika dia menjaringkan gol, tiada siapa akan bertanyakan soalan ini. Penjaga gol itu menyelamatkan sepakannya, di mana ia tidak selalu berlaku. Ia berlaku hari ini.

"Ada ketika saya rasa kami kehilangan dua mata, ada ketika saya rasa kami raih satu mata.

"Dalam babak pertama, kami kelihatan kurang bagus untuk tempoh yang lama, ia menjadi seperti perlawanan bola keranjang, di mana kami melakukan serangan balas di laman sendiri dan itu bukanlah apa yang kami mahukan.

"Saya agak kecewa kami bukan pasukan terbaik dalam babak pertama, terlalu banyak kesilapan sendiri.

"Kami baru sahaja selesai menentang Leeds dan Everton dan memperoleh dua mata daripadanya. Jika kami menang satu perlawanan dan tewas satu lagi perlawanan, adakah ia situasi yang lebih baik kerana salah satu seteru kami juga mendapatkan tiga mata?

"Kami tahu kami akan bermain dengan lebih baik, banyak lagi yang menanti kami selepas ini," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video