Arne Slot berkata Alexander Isak sudah bersedia untuk membuktikan yuran perpindahannya yang bernilai £125 juta (RM709.3j) kepada Liverpool -- bermula dengan pertemuan menentang Manchester United, malam esok.
Isak berpindah ke Anfield pada hari tarikh akhir perpindahan untuk bayaran rekod tertinggi British tetapi saga perpindahannya daripada Newcastle United itu bermakna dia terlepas persiapan pramusim.
Selepas melancarkan mogok untuk memaksa berpindah ke Merseyside, Isak terpaksa berlatih sendirian pada minggu-minggu terakhirnya di Tyneside, sekali gus memberi kesan rentak permulaan musimnya bersama kelab baru.
Pemain antarabangsa Sweden itu diturunkan selama 312 minit sejak dia menandatangani kontrak pada awal September lalu, namun selepas dua penampilan untuk pasukan kebangsaannya, Slot kini bergantung kepada penggempurnya itu untuk mula melepaskan mempamerkan penyudah berbisa.
"Saya menggunakan perkataan 'hakim' tetapi saya tidak maksudkan menghakimi," kata pengurus The Reds itu.
“Saya rasa bukan saya tetapi dunia luar sudah boleh mula mengatakan bahawa kami telah mendapat pemain yang dihajati.
"Keserasiannya kini lebih baik. Lima atau enam minggu pertama, kami mempunyai pemain baru dan dia belum bersedia sepenuhnya. Dia semakin cergas tetapi hanya perlu membuktikannya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL). Ini bukan lumrah bagi seorang pemain.
“Saya telah berkali-kali mengatakan bahawa kami menandatanganinya untuk tempoh enam tahun jadi jika kami mahukan dia mencapai ke suatu tempat, kami perlu melalui tempoh ini untuk bermain dengannya di mana idealnya anda akan menggunakan dia lebih awal dalam perlawanan persahabatan berbanding perlawanan EPL mahupun Liga Juara-Juara."