Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Slot jelaskan ketiadaan Mac Allister

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mac-allister.jpg
Arne Slot mendedahkan bahawa Alexis Mac Allister belum cukup cergas untuk mengambil bahagian dalam kemenangan 3-2 Liverpool di Newcastle, awal pagi tadi, setelah terpaksa menarik diri daripada latihan.

Mac Allister mengharungi 72 minit permainan pembukaan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini biarpun terlepas hampir tiga bulan aksi kembali untuk pramusim.

Pengurus itu kemudian menjelaskan anak buahnya tersisih akibat dibelenggu isu kecergasan, memandangkan pemain Argentina itu tidak dapat berlatih dengan betul. 

Slot kini berharap pemain nombor 10 itu mampu bangkit tepat pada masanya sempena kunjungan Arsenal minggu depan.

“Dia terpaksa meninggalkan padang latihan dua hari lalu,” katanya kepada pemberita di St James’ Park.


“Dan itu tidak akan menjadi masalah terbesar jika dia mempunyai pramusim yang betul, tetapi dia terlepas untuk beberapa minggu.

"Ada sebab mengapa dia tidak dimasukkan selepas mengadu merasakan sesuatu.

“Keseimbangan ini sukar ditemui dengan pemain yang sudah lama tidak bermain dalam pramusim, kerana ia merupakan asas untuk sepanjang musim.

“Dan anda boleh melihat tahap keamatan ini, seperti yang kami hadapi minggu lalu dan saya fikir Newcastle meningkatkannya sebanyak 10 kali ganda, maka anda perlu berada di tahap paling cergas.

“Membawa pemain yang kurang aksi pramusim seperti ini memang risiko . Dia terpaksa disisihkan daripada sesi latihan pada dua hari lalu atas sebab ini. 

"Dengan musim yang masih panjang, ia terlalu banyak risiko untuk saya. 

"Namun, saya mengharapkan keadaannya bertambah baik dalam satu atau dua hari akan datang."
Football Shoes

Upgrade Game Anda ke Level EPL!

Semangat EPL membara? Lengkapkan setup gaming anda dengan aksesori padu ini — main lebih lancar, lebih seronok dengan kawan.


Grab Gear EPL Anda Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video