Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Sheikh Jassim harap tawaran terakhir beli Manchester United berhasil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

old-trafford.jpg
Sheikh Jassim masih menunggu agar tawaran kelima dan yang terakhir daripadanya untuk membeli Manchester United akan berhasil, demikian laporan yang diperoleh daripada sumber rapat hartawan Qatar itu.

Laporan terbaru di Qatar mendapati tawaran Sheikh Jassim -- yang meliputi 100 peratus pemilikan kelab itu -- telah mengatasi tawaran yang dikemukakan pengasas Ineos, Sir Jim Ratcliffe.

Bagaimanapun, kem Sheikh Jassim menyifatkan laporan itu hanya sekadar spekulasi dan berkata mereka masih mengekalkan pendekatan tunggu dan lihat.

Mereka menjangkakan langkah seterusnya adalah untuk ahli lembaga United berjumpa mereka dan mempertimbangkan mengenai tawaran itu.

Sheikh Jassim melancarkan bidaan kelimanya minggu lalu tetapi pada masa sama, mereka telah memaklumkan kepada Keluarga Glazer -- yang merupakan pemilik semasa kelab itu -- bahawa tiada usaha lanjut selepas tawaran berkenaan.

Hartawan Qatar itu dilaporkan mahu melengkapkan pembelian berkenaan sebelum musim panas ini.

Tawaran itu difahamkan melibatkan kesepakatan tunai bagi pemilikan 100 peratus kelab itu dan segala hutang yang membebani United turut akan diselesaikan.

Sumber terdekat Sheikh Jassim berkata akan ada dana tambahan buat kelab itu untuk pembelian pemain, infrastruktur dan pelaburan lain yang diperlukan.

Sebagai rekod, Glazer mengumumkan niat mereka untuk menjual kelab itu pada November tahun lalu dan Sheikh Jassim dan Ratcliffe telah mengemukakan tawaran pertama mereka pada Februari lalu.

 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 17 of 38
Sabtu, 20 Dis
08:30 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
West Ham United-team-logo West Ham United
11:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 21 Dis
01:30 AM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Liverpool-team-logo Liverpool
04:00 AM
Everton-team-logo Everton
Arsenal-team-logo Arsenal
04:00 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Isnin, 22 Dis
12:30 AM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Manchester United-team-logo Manchester United
Selasa, 23 Dis
04:00 AM
Fulham-team-logo Fulham
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest

Must Watch Video