Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Sheffield United mangsa hatrik sulung Eddie Nketiah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nketiah.jpg
ARSENAL 5 SHEFFIELD UNITED 0 

Mikel Arteta memuji Eddie Nketiah yang sedang di kemuncak prestasi selepas penyerang England itu melakar hatrik sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan meyakinkan 5-0 ke atas kelab tercorot, Sheffield United.


Nketiah menjaringkan tiga gol pertama ketika The Gunners memperoleh kemenangan selesa itu di tempat sendiri, awal pagi tadi. sementara sepakan penalti Fabio Vieira dan gol pertama Takehiro Tomiyasu untuk kelab berkenaan melengkapkan kekalahan pelawat. 

Kemenangan itu membawa The Gunners memanjat ke tangga dua mata di belakang pendahulu dan seteru London utara, Tottenham, sambil anak buah Arteta kekal tidak tewas selepas 10 perlawanan liga. 

Dengan Gabriel Jesus berdepan masalah hamstring selama beberapa minggu, Nketiah sekali lagi ditugaskan untuk mengisi peranan sebagai penyerang tengah.

Sentuhan dan penyudahnya untuk gol pembukaan itu membuktikan dia boleh menggalas tugas berkenaan dan memacu mereka menuju kemenangan ke atas Blades.

Dia menggandakan pendahuluan Arsenal selepas separuh masa dan mencetak gol ketiga sebelum menamatkan permainan dengan lilitan kapten.

“Bagi saya, dia pemain handalan,” kata Arteta selepas kemenangan itu.







“Dia telah beraksi lapan daripada 10 perlawanan EPL jadi rekod ini memberitahu anda betapa kami mempercayainya, betapa saya mempercayainya dan dan kepentingan kelibatnya ada dalam pasukan.

“Saya sangat gembira bagi pihaknya, seorang pemain akademi yang melakar hatrik EPL. Dia perlu menikmati tempoh ini. Dia layak sepenuhnya dan berharap ada ramai lagi yang akan datang. 

“Dia bijak menghidu gol. Anda lihat statistik dalam 10 perlawanan terakhirnya. Keupayaannya adalah luar biasa dan dia memerlukan minit, peluang dan perkhidmatan dan jika dia mendapatkannya, Eddie mampu mencetak gol, itu sudah pasti.”

Advertisement

Must Watch Video