Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Shaw cedera, terlepas aksi pembukaan Manchester United, Mazraoui perlu beraksi lebih awal?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shaw.jpg
Manchester United mengesahkan bahawa Luke Shaw akan terlepas beberapa perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini gara-gara kecederaan betis.

Pemain pertahanan kiri itu mengalami kecederaan dalam latihan pramusim dan dijangka tidak akan diturunkan sekurang-kurangnya sehingga waktu rehat antarabangsa bulan depan. 

Dia dijangka akan terlepas perlawanan The Red Devils menentang Fulham, Brighton dan Liverpool.

Shaw bergelut dengan kecederaan sepanjang musim lalu dan hanya dapat melakukan 15 penampilan dalam semua pertandingan dan turut terlepas tiga bulan terakhir kempen musim lalu disebabkan masalah hamstring.

Bagaimanapun, dia pulih daripada kecederaan itu tepat pada masanya untuk mewakili England sehingga ke final Euro 2024.

United juga masih tidak dapat menurunkan Tyrell Malacia dalam jangka panjang, sekali gus menyebabkan Erik ten Hag ketiadaan bek kiri walaupun pemain baru, Noussair Mazraoui, yang menyertai mereka daripada Bayern Munich hari ini, juga boleh beroperasi di bahagian itu.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video