Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Sentuhan emas Zirkzee pastikan United buka langkah dengan kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zirkzee_1bqbjwdb4mbic124szbep4kb11.jpg
Joshua Zirkzee menjaringkan gol kemenangan ketika membuat penampilan sulung bersama Manchester United ketika The Red Devils meraih kemenangan 1-0 ke atas Fulham dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris musim 2024-25.

Selepas menamatkan saingan di kedudukan terendah Liga Perdana Inggeris dalam saingan sejarah kelab, United kelihatan berdepan permulaan yang mengecewakan di Old Trafford awal pagi tadi sehingga penyerang terbaru mereka menampan masuk bola melepasi penjaga gol, Fulham, Bernd Leno, pada minit ke-87.

Diperkenalkan pada pertengahan separuh masa kedua oleh Erik ten Hag, Zirkzee mempamerkan sentuhan emas menyambar hantaran silang seorang pemain pemain gantian, Alejandro Garnacho bagi memastikan kemenangan.

Bruno Fernandes terlepas peluang terhidang United, dengan Leno mempamerkan prestasi cukup cemerlang buat pelawat, menafikan dua percubaan pemain Portugal itu.

Leno turut menafikan percubaan Mason Mount di awal separuh masa kedua, namun Fulham turut melepaskan peluang mereka sepanjang perlawanan.

Alejandro Garnacho berpeluang menggandakan jaringan dalam masa tambahan, namun kegagalan pemain itu tidak menjejaskan tiga mata yang berjaya diperoleh pasukan dalam aksi pembukaan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video