Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Selepas Tim Ream, Fulham hilang khidmat Andreas Pereira sehingga penghujung musim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andreas-pereira-receives-medical-attention.jpg
Pemain tengah Fulham, Andreas Pereira, menyertai ketua pasukan, Tim Ream, berada dalam senarai kecederan sehingga penghujung musim ini.

Ream terpaksa dikeluarkan dalam babak pertama sewaktu pasukan itu tewas 1-2 kepada Manchester City hujung minggu lalu, di mana pertahanan itu mengalami kecederaan patah lengan sebelum Pereira pula diusung keluar susulan pertembungan dengan Manuel Akanji.

Pengurus The Cottagers, Marco Silva, berkata selepas perlawanan itu bahawa Ream mungin tidak akan dapat beraksi lagi musim ini -- perkara yang kemudian disahkannya dalam sidang media menjelang perlawnan menentang Liverpool awal pagi Khamis ini, sambil mendedahkan nasib sama turut menimpa Pereira.

Silva berkata: "Tim Ream patah lengan dan akan berehat sehingga penghujung musim ini dan situasi sama turut menimpa Andreas Pereira, di mana dia juga tidak lagi dapat beraksi.

"Kami masih menunggu perkembangan daripada pemeriksaannya, termasuk imbasan MRI, dan kemudian kami akan lebih pasti mengenai segala-galanya untuk memberikan perkembangan lanjut tetapi kedua-dua pemain itu tidak lagi akan dapat beraksi musim ini," katanya.

Silva, yang menyifatkan ketiadaan kedua-dua pemain itu sebagai satu kehilangan besar, menambah: "Apabila anda kehilangan seorang pemain kerana patah tangan dan seorang lagi kerana kecederaan buku lali serius, ia bukan lagi sesuatu yang normal.

"Ia satu hari yang malang buat kami apabila perkara seperti ini berlaku.

"Tetapi kami perlu bersedia, kini adalah waktu untuk memulihkan mereka dengan sebaik mungkin, secepat yang boleh dan kami menyokong mereka semampu yang boleh kerana mereka pemain yang amat-amat penting sepanjang musim ini," katanya.

Fulham kini berada di tangga ke-10 EPL berbaki lima perlawnan dan mereka akan berdepan tugas getir menentang Liverpool bimbingan Jurgen Klopp, yang kini menduduki tangga kelima selepas mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dengan mengatasi Tottenham 4-3 hujung minggu lalu.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 17 of 38
Sabtu, 20 Dis
08:30 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
West Ham United-team-logo West Ham United
Ahad, 21 Dis
01:30 AM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Liverpool-team-logo Liverpool
04:00 AM
Everton-team-logo Everton
Arsenal-team-logo Arsenal
04:00 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Isnin, 22 Dis
12:30 AM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Manchester United-team-logo Manchester United
Selasa, 23 Dis
04:00 AM
Fulham-team-logo Fulham
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest

Must Watch Video