Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Sean Dyche berang VAR batalkan gol Everton lawan Spurs

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sean-dyche.jpg
TOTTENHAM HOTSPUR 2 EVERTON 1

Pengurus Everton, Sean Dyche, berang dengan keputusan membatalkan jaringan Dominic Calvert-Lewin pada minit ke-51 ketika tewas 1-2 kepada Tottenham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di gelanggang lawan itu awal pagi tadi.

Spurs mendahului dua gol dalam 18 minit pertama menerusi penyudah jarak dekat Richarlison dan Son Heung-min tetapi mereka bukanlah pasukan terbaik dalam pertemuan berkenaan dan sepatutnya dibolosi pada awal babak kedua.

Calvert-Lewin  merembat masuk jaringan selepas Andre Gomes merampas bola daripada Emerson Royal tetapi pegawai video bantuan pengadil (VAR), Michael Oliver, menyarankan agar pengadil, Stuart Attwell, menyemak semula jaringan itu dan ia kemudian dibatalkan setelah Gomes didapati mengasari pertahanan sayap itu di buku lalinya.

Lebih drama dapat disaksikan selepas itu dengan Andre Gomes merapatkan jurang pada minit ke-82 sebelum percubaan pemain gantian, Arnaut Danjuma, terkena palang dalam waktu kecederaan. 

Dyche berkata: "Ia malang, saya terpaksa bermula seperti itu kerana saya rasa kami bermain cemerlang tetapi saya terpaksa memulakannya seperti itu.

"Saya seorang peminat tegar VAR tetapi saya tidak tahu sama ada ia berfungsi atau tidak hari ini.

"Saya rasa VAR telah membuat semakan berlebihan hari ini, di mana pengadil dan penjaga garisan mempunyai pandangan yang menakjubkan. Mereka telah membuat keputusan dengan jelas. Semua pengalaman mereka memang luar biasa kerana mereka mahu mencari kekasaran itu.

"Mereka akan mencari kekasaran, mereka mencari kekasaran boleh dikatakan dari segala-galanya.

"Terdapat banyak perkara berlebihan dalam bola sepak ketika ini. Hampir setiap sentuhan menjadi kekasaran tetapi ia tidak cukup buat saya.

"Itulah yang anda perlu hadapi. Tidak, ia tidak cukup kasar untuk menjatuhkan seorang pemain bola sepak yang profesional dan matang," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video