Tandukan kencang pemain gantian, Scott McTominay, memastikan kemenangan 2-1 Manchester United di tempat lawan ke atas Aston Villa.

Dalam perlawanan penting The Red Devils yang menghuni tangga keenam, kekalahan hanya akan melonjakkan anak buah Unai Emery untuk memastikan mereka terus selesa ketika memiliki kelebihan lapan mata ke atas United.

Pemain dalam prestasi cemerlang, Rasmus Hojlund, memecah kebuntuan apabila meledak gol dalam lima perlawanan berturut-turut sebelum tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Douglas Luiz dalam separuh masa kedua.


Perlawanan kekal sengit sehingga penghujung permainan namun McTominay menjadi pemisah apabil gol yang keempat diledak sebagai pemain gantian memastikan mata penuh di Villa Park.

Untuk rekod, ia merupakan kali pertama musim ini menyaksikan United memperoleh empat kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.