Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Saya gemar berada di sini -- Lampard nikmati waktu sebagai pengurus Chelsea walau sedang bergelut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

frank-lampard-has-lost-all-five-of-his-games-in-charge-since-returning-to-chelsea-as-interim-manager_1.jpg
Frank Lampard menegaskan bahawa dia gemar berada di Chelsea dan menikmati cabaran untuk mengubah nasib kelab itu.

Lampard tewas kesemua lima perlawanan sejak kembali ke pangkuan kelab itu sebagai pengurus interim awal bulan lalu, di mana dia mengambil tanggungjawab itu buat kali kedua selepas Graham Potter dipecat.

Chelsea diejek penyokong dalam separuh masa ketika tewas 0-2 kepada Brentford minggu lalu, di mana rekod buruk tanpa kemenangan mereka berlarutan kepada lapan perlawanan berturut-turut dalam kesemua kejohanan untuk kini dibezakan enam mata dengan kelompok 10 teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mereka akan berdepan pasukan yang sedang memburu kejuaraan dan seteru London, Arsenal, awal pagi esok dan ketika ditanya sama ada dia masih menikmati tugasnya, Lampard berkata: "Sudah pasti. Mata saya sentiasa terbuka sejak saya mengambil tugas ini.

"Tugas kami adalah untuk memperbaiki prestasi dan mentaliti pasukan ini dalam latihan dan mencuba untuk mengembalikan kegembiraan seperti dulu. Ia hanya akan dapat dicapai dengan usaha keras.

"Saya terlalu berpengalaman dalam bola sepak selaku pemain dan kini sebagai jurulatih untuk faham bahawa setiap perkara tidak mungkin dapat diubah dalam satu malam daripada segi keputusan dan itulah yang sedang kita lihat.

"Saya menikmati cabaran ini dan saya amat menyedari apa yang akan tiba. Saya amat berbangga untuk menguruskan kelab ini. Saya gemar berada di sini dan sedang menikmati tugas saya.

"Realiti dalam bola sepak adalah karier anda tidak selalunya penuh dengan kejayaan. Orang akan sentiasa mengingati kejayaan anda tetapi sebahagian daripada tugasnya adalah untuk melalui waktu yang lebih sukar, sama ada sebagai pengurus atau pemain.

"Anda tidak selalunya dapat mengawal keputusan perlawanan tetapi anda boleh mengawal apa yang anda lakukan setiap hari, jadi saya menikmati aspek itu," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video