Perancang tengah Manchester City, Rodri, tidak dapat menahan kekecewaannya selepas pasukannya tewas kali kedua berturut-turut kepada Brighton 1-2 di Stadium American Express, awal pagi tadi.
Selepas tamat perlawanan, pemenang Ballon d'Or itu berkongsikan dia bukan'Lionel Messi' yang mampu memberikan pasukannya kemenangan usai pulang daripada kecederaan panjang sebelum ini.
"Saya bukan (Lionel) Messi, saya tidak akan kembali dan hanya membuatkan pasukan menang, menang dan menang.
"Ini adalah sukan kolektif. Apabila kami menang sebelum ini saya memerlukan semua rakan sepasukan saya. Yang pasti saya perlu memulihkan tahap terbaik saya. Semoga selepas berehat ini kami mampu menjadi lebih baik.
"Beberapa kesilapan yang kami lakukan adalah kesilapan kanak-kanak, tidak memberikan perhatian, realitinya kami perlu meningkatkan tahap permainan jika mahu bersaing." katanya.
Pemain berusia 29 tahun itu pulang bersama pasukan daripada kecederaan lutut ketika saingan Piala Dunia Kelab selepas lapan bulan berehat.
Keputusan tewas itu menyaksikan City berada di kedudukan ke-13 Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 ketika ini dengan hanya sekali menang dan dua kali tewas.

Thank you, as always, for your fantastic support this afternoon ?
— Manchester City (@ManCity) August 31, 2025
Wishing you all a safe journey back to Manchester ? pic.twitter.com/Sb2Osj9u7m