Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Sarabia sertai Wolves daripada PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sarabia.jpg
Pablo Sarabia sah menyertai Wolves daripada kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain kebangsaan Sepanyol berusia 30 tahun itu, yang membarisi La Roja dalam Piala Dunia Qatar bulan lalu, dilaporkan menandatangani kontrak selama dua setengah tahun bersama Wolves.

Dia merupakan pemain ketiga ditandatangani pasukan itu sejak dibimbing Julen Lopetegui.

Wolves menandatangani Mario Lemina daripada Nice minggu lalu manakala penyerang baru, Matheus Cunha, menyertai mereka secara pinjaman daripada Atletico Madrid dengan pilihan untuk pembelian tetap, sebagai sebahagian daripada usaha Wolves untuk kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sarabia, yang menghabiskan keseluruhan musim lalu secara pinjaman di Sporting CP, menjaringkan 21 gol sepanjang tempoh itu dan Wolves dilaporkan mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £4.3 juta (RM22.88 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain sayap berkenaan.

Dia berkemungkinan akan melakukan penampilan pertamanya dalam EPL apabila Wolves menentang juara bertahan, Manchester City, hujung minggu ini.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video