EPL: Sangat tidak adil -- Kata Erik ten Hag selepas Manchester United tumbang
Saufi Tahir
Oktober 27, 2024 07:51 MYT
Oktober 27, 2024 07:51 MYT
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, berasa berang selepas pasukan lawan diberikan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan untuk menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada West Ham di Stadium London, malam tadi.
The Red Devils mensia-siakan beberapa peluang terhidang dalam separuh masa pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan percubaan Alejandro Gernacho sekadar singgah di palang gol sahaja.
Here's the manager's verdict on today's game.#MUFC || #WHUMUN
— Manchester United (@ManUtd) October 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kesilapan dalam babak pertama terus menghantui mereka apabila Crysencio Summerville memecahkan kebuntuan pasukan tuan rumah untuk meletakkan West Ham mendahului pada minit ke-76 sebelum Casemiro mejaringkan gol penyamaan untuk terikat 1-1.
Namun, penalti yang dianggap kontroversi diberikan kepada pasukan tuan rumah selepas kekasaran Matthijs de Light kepada Danny Ings dengan Jarrod Bewen tenang memastikan pasukan pelawat pulang dengan tangan kosong.
-6.6 - Manchester United have the biggest negative differential between expected goals and goals scored in the Premier League this season (8 goals from 14.6 xG). Frustration. pic.twitter.com/0gpsqn5iWZ
— OptaJoe (@OptaJoe) October 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami telah rasa ketidakadilan sebanyak tiga kali musim ini. Kami perlu menjaringkan gol. Kami mencipta begitu banyak peluang dan sepatutnya mendahului dengan dua atau tiga gol.
"Apabila tewas 1-0, anda memerlukan personaliti dan perwatakan besar untuk pasukan dan kami menunjukkan ketabahan untuk bangkit semula. Tetapi ia tidak adil dan sangat tidak adil cara kami memberikan penalti.
Win, lose or draw — we hear you every game, Reds. Thanks for your magnificent support on the road once again ?#MUFC || #WHUMUN pic.twitter.com/KsAoOBXTJn
— Manchester United (@ManUtd) October 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Lebih banyak kekecewaan, tetapi saya tidak boleh buat apa-apa dengan itu. Mereka tidak mengutip mata. Kami tidak menjaringkan gol dalam aksi yang kami bermain dengan baik.
"Saya bercakap dengan pegawai tetapi keputusan telah dibuat. Tidak ada jalan untuk kembali dan itulah bola sepak. Itu kali ketiga saya berasakan ketidakadilan dalam musim ini dan memberikan kesan yang besar kepada pasukan kami.' katanya.