Hanya masa akan membuktikan jentera serangan Liverpool yang lebih ampuh sebaik Mohamed Salah menemui keserasian Hugo Ekitike dan Florian Wirtz.
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memerlukan lencongan sepakan percuma daripada Dominik Szoboszlai untuk mengesahkan kemenangan ke atas Arsenal, kemaln.
Alexander Isak kemudian menyusul sebagai muka baru bagi menguatkan lagi jentera serangan The Reds, namun Salah percaya mereka memerlukan sedikit masa lagi dalam memahami peranan masing-masing bagi memperkemaskan permainan barisan kendalian Arne Slot itu.
"Setakat ini saya masih belum menemui keserasiannya," katanya.
"Sebagaimana dengan Darwin (Nunez) atau Luiz Diaz mahupun pemain di barisan hadapan termasuk Diogo Jota.
"Saya sudah tahu di mana untuk memulakan langkah di samping Diogo atau Darwin.
"Saya tahu di mana untuk mencari mereka.
"Saya tahu permainan mereka dengan baik tetapi dengan Hugo dia masih baru.
"Kadangkala saya memerlukan bola di dalam padang. Kadang-kadang kami memerlukan ia di ruang angkasa.
"Kami cuba memikirkannya melalui sesi latihan atau rakaman. Pengurus menunjukkan kepada kami.
"Jadi saya akan menemui jalannya tidak lama lagi kerana ia juga akan membantu perkembangan permainan saya juga."