EPL: Ruben Amorim ganti Ten Hag di Manchester United
Muzaffar Musa
Oktober 29, 2024 06:52 MYT
Oktober 29, 2024 06:52 MYT
Ketua jurulatih Sporting CP, Ruben Amorim, kian hampir menggantikan Erik ten Hag selaku pengurus Manchester United.
Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, melaporkan The Red Devils dijangka akan membayar klausa pelepasan bernilai €10 juta (RM47.32 juta) untuk mendatangkan pengendali berbangsa Portugis itu.
Sporting juga mengesahkan sudah berbincang dengan United mengenai pelantikan Amorim sebagai pengurus baru pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
Amorim dilaporkan sudah bersetuju untuk menduduki kerusi panas itu di Old Trafford.
Untuk rekod, Amorim ketika ini sedang memacu Sporting menduduki tangga teratas Primeira Liga dengan rekod bersih sembilan kemenangan daripada sembilan perlawanan.
?? BREAKING: Manchester United are set to pay €10m exit clause for Rúben Amorim to become new manager, here we go! Sporting confirm formal communication received from #MUFC for Amorim to be appointed. Amorim has already said yes to Man Utd proposal and project. pic.twitter.com/v17tR1oqlm
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.