Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Ruang Jack Grealish kembali ke Manchester City terbentang luas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jack-grealish.jpg
Pep Guardiola menjelaskan pintu untuk Jack Grealish kembali ke Manchester City terbuka luas.

Pemain antarabangsa England itu telah memberi impak besar di Everton sejak menyertai kelab Merseyside itu secara pinjaman semusim pada Ogos lalu setelah penampilannya tenggelam di Stadium Etihad.

Guardiola tidak perlu mencari jalan untuk mengekang Grealish dalam pertembungan kedua-dua kelab itu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini kerana dia tidak boleh diturunkan, tetapi prestasinya berjaya mencuri perhatian pengurus berbangsa Sepanyol itu. 

Guardiola berkata: “Saya rasa dia mempunyai kontrak selama setahun lagi bersama kami.

"Yang penting dia sudah kembali (ke prestasi sebenar). Dia adalah pengaruh besar untuk Everton. Selepas apa yang berlaku, mungkin Manchester City mahukan dia kembali tetapi saya tidak pasti. 



“Banyak perkara masih akan berlaku. Kita lihat kelak.

"Yang penting dia kembali beraksi, mendapat banyak minit permainan. Ini adalah standard. 

"Saya gembira dia kembali beraksi dan cuba berikan yang terbaik."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video