EPL: Roy Hodgson dalam misi selamatkan kempen Crystal Palace

Shaiful Shamsudin
Mac 21, 2023 07:46 MYT
Roy Hodgson dilantik sebagai pengurus Crystal Palace buat kali kedua dan berazam untuk mengekalkan kelab itu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Palace kemarau kemenangan dalam 12 perlawanan lalu dan mengambil tindakan drastik dengan mengalihkan kepercayaan ke atas bekas ketua jurulatih England berusia 75 tahun itu dalam misi mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
Hodgson menamatkan tempoh empat tahunnya di Selhurst Park pada Mei 2021 sebelum membuat kejutan kembali ke kancah bola sepak bersama Watford musim lalu yang berakhir dengan tersingkir.
Dia meninggalkan The Hornets sambil berikrar untuk tidak akan menggalas tugas selaku pengurus lagi dalam kesempatan lain, tetapi dia tidak mampu menahan godaan kekosongan jawatan di Palace yang memecat Patrick Vieira minggu lalu.
Hodgson akan mengemudi kelab itu hingga akhir musim ini dan berkata: "Adalah menjadi satu keistimewaan apabila diminta untuk kembali ke kelab yang sentiasa bermakna buat saya dan diberi tugas penting untuk mengubah nasib pasukan.

Roy Hodgson has been appointed Crystal Palace manager until the end of the season. Paddy McCarthy will take the role as his assistant manager, and Ray Lewington returns as first-team coach. Dean Kiely remains in his position as goalkeeping coach. Welcome back, Roy.#CPFC

— Crystal Palace F.C. (@CPFC) March 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Satu-satunya kami objektif sekarang adalah untuk mula memenangi perlawanan dan untuk memungut mata yang diperlukan bagi menjamin status kami dalam EPL.
"Crystal Palace terkenal dengan semangat juangnya dan saya tidak meragui bahawa semua penyokong kami akan berjuang bersama-sama kami, bermula dengan lawatan ke Leicester City, minggu depan."
#Crystal Palace #Roy Hodgson #EPL #Liga Perdana Inggeris
;