Pep Guardiola pasti Rodri akan kembali ke tahap terbaiknya sambil menuntut Manchester City agar bersabar hingga pemenang Ballon d'Or itu bersedia untuk kembali dipertaruhkan dalam setiap perlawanan.
Pemain tengah itu hanya membuat satu penampilan singkat sebagai pemain gantian untuk City pada bulan lalu iaitu ketika menentang Bournemouth, lantas Guardiola sedang menunggu untuk melihat sama ada dia akan dapat beraksi menentang Liverpool, tengah malam ini.
Rodri hanya memulakan tujuh perlawanan untuk City sejak mengalami kecederaan lutut September lalu jadi Guardiola percaya dia perlu berhati-hati dengan rakan senegaranya dari Sepanyol itu musim ini.
"Saya 100 peratus yakin dia akan kembali dan akan beraksi cuma ia akan mengambil sedikit masa untuk mencapai tahap yang dimilikinya. Tetapi kami perlu memastikan fizikal bersedia," katanya.
"Anda pulih dengan sempurna apabila bermain seminggu sekali. Masalahnya sekarang (perlawanan dilangsungkan) setiap tiga hari. Apabila berdepan kecederaan yang panjang, adalah lumrah setahun selepas itu pemain berdepan sedikit masalah dan kami cuba mengelakkannya, namun tetapi ia tetap berlaku apabila anda berehat hampir setahun.
"Sebagai pengurus, apabila saya melihat Rodri dan doktor serta ahli fisioterapi mengatakan 'Rodri sudah bersedia', maka barulah dia akan bermain.
"Mulai sekarang kami perlu berhati-hati dan memastikan bahawa tiada lagi halangan."

Nike BIG Discount
Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat