Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Rice lebih bagus daripada Casemiro, kata Trippier

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

declan-rice.jpg
Declan rice merupakan pemain yang lebih bagus berbanding Casemiro atau Thomas Partey, kata rakan sepasukannya dalam skuad England, Kieran Trippier.

Pemain tengah West Ham, Rice, dijangka akan meninggalkan pasukan itu pada penghujung musim ini dengan beberapa kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Manchester United dan Arsenal antara pasukan yang dikaitkan dengan spekulasi itu walaupun mereka masing-masing sudah memiliki pemain yang cukup berpengaruh di bahagian tengah.

Casemiro dan Partey antara dua pemain tengah paling menyerlah dalam EPL musim ini dan Trippier, dalam satu wawancara bersama Rio Ferdinand Presents FIVE, tidak dapat menafikan kualiti yang dimiliki dua pemain itu.

Bagaimanapun, kapten Newcastle United berkenaan berasakan Rice memiliki kelebihan selaku pemain yang lebih baik.

"Declan amat luar biasa. Saya tidak pasti adakah anda dapat melihatnya dalam perlawanan lalu ketika kami menentang West Ham tetapi kebijaksanaannya, cara dia membuka permainan dan bagaimana dia bergerak dan betapa kuat tubuhnya, ia amat luar biasa.

"Dia mungkin yang terbaik di dunia daripada segi apa yang dilakukannya.

"Jangan salah faham, Casemiro -- dengan trofi yang dimenanginya, dengan Liga Juara-Juara, dia seroang pemain berkelas dunia.

"Tetapi jika anda bercakap mengenai ketika ini, sejujurnya Dec amat luar biasa. Dia juga masih muda," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video