ARSENAL 2 LYON 0

Mikel Arteta yakin bintang baru, Riccardo Calafiori, akan menambah baik Arsenal musim ini untuk menamatkan penantian 10 tahun mereka untuk gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).


Calafiori yang menyertai The Gunners daripada Bologna membuat penampilan sulung Arsenal dalam kemenangan 2-0 ke atas Lyon di Emirates, awal pagi tadi.

Pemain berusia 22 tahun itu tampil mengagumkan dalam kemunculan pertamanya untuk kelab barunya menggantikan Oleksandr Zinchenko sejurus sejam untuk minit pertamanya sejak EURO 2024.

Arsenal terus memperkasakan benteng di sebalik rekod terbaik sekadar 29 kali dalam kancah liga musim lalu.

Tatkala Calafiori menawarkan satu lagi pilihan di bahagian belakang, pengurus berbangsa Sepanyol itu turut yakin dengan sentuhan rekrut baru dalam aspek serangan.

β€œDia membawa menawarkan kepelbagaian memandang dia boleh mengisi dua atau tiga posisi berbeza, terutama untuk serangan kerana dia boleh menyusup ke ruang berbeza, dia adalah seorang pertahanan sejati,” kata Arteta.






"Apabila anda melihat kehadirannya, fizikalnya, bagaimana dia bersaing, dia sukar dipercayai.

"Dia telah berusaha keras tahun lalu dan saya fikir dia seorang pemain yang boleh memberi sumbangan besar.

"Kami menguruskannya, ia nelibatkan banyak perkara baru buatnya. Ini satu langkah besar tetapi dia begitu bersedia sebagaimana yang anda lihat selama 20 minit diturunkan.

"Dia begitu bertenaga, begitu bersemangat, pemain yang sangat bijak. Dia akan memberi sumbangan besar."