EPL
EPL: Rashford, Antony tambah pincang Man Utd
MAN UTD 3 REAL BETIS 2
Marcus Rashford dan Antony terhincut-hincut ketika Manchester United menang 3-2 ke atas Real Betis sudah mengalami kecederaan yang akan menyaksikan mereka terlepas permulaan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kedua-duanya tercedera dalam perlawanan jelajah pramusim kelab Laliga itu yang menyaksikan Rashford terpaksa dikeluarkan sebelum sejam permainan gara-gara kecederaan serius di buku lali selepas pemain tengah Real Betis, Sergi Altimira, memijak kaki kanannya.
Pemain sayap, Antony, kemudian menyertai Rashford di bangku simpnan selepas aksinya di atas padang hanya bertahan 23 minit permainan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua.
Bagaimanapun, The Red Devils -- yang sudah pun menerima tamparan hebat berikutan kecederaan Leny Yoro yang perlu diketepikan tiga bulan akibat metatarsal dan Rasmus Hojlund -- masih kurang jelas terhadap situasi tonggak Brazil itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.