EPL

EPL: Prestasi Liverpool pacu keyakinan Wataru Endo buru kejuaraan

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
11/03/2024
22:27 MYT
Sponsor Banner
EPL: Prestasi Liverpool pacu keyakinan Wataru Endo buru kejuaraan
Keyakinan pemain tengah Liverpool, Wataru Endo, makin melonjak selepas persembahan dengan Manchester City sambil berharap mata mereka perolehi di Anfield itu boleh menjadi titik tolak buat mereka dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Seteru mereka kendalian Pep Guardiola itu mungkin lebih gembira dengan keputusan seri 1-1 walaupun ia meletakkan mereka di tangga ketiga dalam carta dan satu mata di belakang Liverpool yang dibezakan dengan Arsenal menerusi perbezaan gol.
The Gunners masih perlu bertandang ke Stadium Etihad dan sekiranya Liverpool dan City memenangi kesemua baki perlawanan mereka, maka barisan bimbingan Jurgen Klopp itu pula berpeluang dinobatkan sebagai juara.
“Ketika dalam separuh masa kedua, kami mencipta lebih banyak peluang daripada Man City jadi ya, kami kecewa dengan keputusan itu tetapi kami perlu bergerak ke hadapan,” katanya kepada laman sesawang rasmi kelab.
“Tetapi berdasarkan corak permainan kami, dengan cara kami mencipta peluang, saya fikir ia menakjubkan. Jika kita terus bermain seperti yang kami tonjolkan, ia pasti berhasil.
“Di penghujung musim kelak, satu mata ini mungkin penting. Itulah yang kami ingin katakan. Jadi, kami perlu terus bermain seperti ini dan hanya cuba memenangi setiap perlawanan.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video