EPL
EPL: Pochettino faham kekecewaan Thiago Silva di Chelsea
Mauricio Pochettino akui dapat memahami kekecewaan yang dialami Thiago Silva selepas pemain pertahanan itu kelihatan hilang sabar dengan rakan sepasukannya sewaktu Chelsea terikat tanpa jaringan dengan Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.
Pada satu tahap, ketika Chelsea menguasai hampir keseluruhan babak pertama di Stadium Vitaliti, Silva kelihatan berang dengan rakan sepasukannya yang gagal membawa bola ke bahagian depan selain jarak yang terlalu jauh di antara pertahanan dan penyerang.
Silva, yang akan berusia 39 tahun pada Jumaat ini, merupakan antara pemain paling berpengalaman dan berjaya di kelab itu, di mana dia pernah memenangi tujuh gelaran Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain (PSG), satu gelaran Serie A bersama AC Milan dan satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Chelsea pada 2021.
Iklan
Dia juga mengumpulkan 113 penampilan bersama Brazil selama 15 tahun beraksi di pentas antarabangsa.
Sebaliknya, tiga rakan sepasukannya sewaktu menentang Bournemouth, iaitu Lesley Ugochukwu, Levi Colwill dan Malo Gusto, masih belum lahir sewaktu Silva memulakan penampilan profesionalnya bersama kelab divisyen tiga Brazil, RS Futebol, pada 2002.It finishes goalless. #BouChe pic.twitter.com/kKOKxGq7Mw— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 17, 2023
Dengan purata umur 23 tahun, Chelsea memiliki skuad termuda dalam EPL musim ini dan kecederaan melibatkan 12 pemain utama telah memaksa Pochettino untuk mengharapkan barisan pemain muda.
"Kami perlu lebih bertenang," kata pengurus The Blues itu.
"Adakala pemain pertahanan mahu memnbantu pasukan menjaringkan gol kerana rasakan kami mencipta peluang tetapi tiada penyudah.
"Kemudian kami perlu lebih bijak. Thiago memiliki pengalaman tetapi terlalu ramai pemain dalam pasukan ini masih sedang belajar mengenai permainan.
"Itulah yang sedang dibangunkan dan kami sedang membina sebuah pasukan baru. Ada terlalu banyak peraturan dalam bola sepak yang anda tidak dapat tulis.
"Dalam perlawanan seperti ini, apabila anda terus memberikan terkanan, mencuba untuk menjaringkan gol dan anda tidak dapat melakukannya, adalah normal untuk berasa kecewa, saya sedar perkara itu," katanya.
'He is really young and I think his performance was good.' ?Praise from Pochettino after a full #PL debut for Lesley Ugochukwu. ⤵️— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 18, 2023
Must-Watch Video