Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: Pochettino dan Chelsea berpisah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(1)_2.jpg
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, telah meninggalkan kelab melalui persetujuan bersama selepas satu musim di Stamford Bridge.

Pochettino sebelum ini mengambil alih Chelsea pada 1 Julai dengan kontrak dua tahun dan punyai pilihan untuk lanjutkan kontraknya lagi 12 bulan.

Segala tekanan dihadapi Pochettino selepas prestasi terumbang-ambing di pusingan pertama liga, tapi tetap berhasil akhiri liga di tempat keenam selepas catat lima kemenangan berturut-turut dalam lima perlawanan terakhir.


 

Dia juga berjaya membawa Chelsea sebagai naib juara Piala Liga Inggeris dan berhasil menempatkan The Blues di separuh akhir Piala FA.

"Terima kasih kepada kumpulan pemilik Chelsea dan pengarah sukan untuk segala peluang.

"Kelab ini kini berada di landasan yang betul untuk maju dalam Liga Perdana Inggeris dan Eropah di masa akan datang," kata Pochettino.

Advertisement

Must Watch Video