Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Persembahan memukau buat peminat, Liverpool yakin genggam trofi liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool.jpg
Ketua jurulatih, Arne Slot, memuji ketangkasan Liverpool meraih kemenangan 4-1 yang seterusnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Ipswich Town di Anfield, semalam.

The Reds kini melanjutkan rekod tanpa kalah mereka di tempat sendiri dalam aksi liga kepada sembilan perlawanan - kecuali Nottingham Forest menjadi satu-satunya pasukan yang menang di Anfield.

Liverpool kini telah mengutip sebanyak 53 mata untuk mengukuhkan kedudukan di carta selaku pendahulu selain berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan liga.

Dua jaringan daripada Cody Gakpo, Mohamed Salah dan Dominik Szoboszlai sudah cukup memadai menandakan mereka pasukan terkuat liga, tetapi sedikit terkilan apabila dibolosi pada saat akhir oleh Jacob Greaves pada minit ke-90.

 

"Semalam adalah cara terbaik peminat mahu menyaksikan permainan kerana kami sering agresif dan mendominasi keseluruhan aksi. 

"Selama 85 minit, pihak lawan tidak mampu melakukan sesuatu.

“Begitu juga dengan perlawanan Lille, kami hampir tidak melepaskan sebarang peluang atau serangan balas," katanya.

Dengan Liverpool sudah mengesahkan tempat mereka dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Slot dijangka merombak kesebelasan utamanya sekali lagi bertemu PSV Eindhoven minggu ini, sebelum berdepan Bournemouth minggu depan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video