EPL: Pep Guardiola setia asuh Manchester City
Ogos 3, 2024 02:54 MYT
Pep Guardiola komited dengan Manchester City tatkala England meneruskan pencarian untuk calon ketua jurulatih baru.
Persatuan Bolasepak (FA) sedang merekrut pengganti Gareth Southgate yang meletak jawatan berikutan kekalahan kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir EURO 2024, bulan lalu.
Guardiola, yang membantu City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) keempat berturut-turut musim lalu, mempunyai baki setahun lagi dalam kontraknya dan dijangka meninggalkan kelab itu tahun depan.
Pemain berusia 53 tahun itu telah memenangi 225 daripada 304 perlawanan liga sepanjang mengendalikan The Citizens yang menyaksikan 755 gol terhasil selain purata kadar kemenangan 74.01 peratus.
— Manchester City (@ManCity) August 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun apabila ditanya mengenai potensi membimbing Three Lions pada masa hadapan, Guardiola pantas menjauhkan dirinya daripada jawatann itu.
“Saya di sini, saya sangat gembira. Saya tidak boleh berkata apa-apa. Saya tidak pasti dari mana ia muncul. Saya benar-benar berpuas hati di sini," katanya.
"Saya sudah tidak sabar-sabar lagi memandangkan pemain sudah bersedia untuk kembali dan mula berlatih bersama-sama termasuk mengembalikan kesegaran perjuangan kami."