Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Pep Guardiola puji semangat pemain bangkit benam Ipswich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pep-guardiola_1aohtdll1aqj21pja3wx2vty2b.png
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, memuji semangat anak buahnya selepas bangkit mengatasi pasukan Ipswich Town dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad.

Pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi Saammie Szmodics pada minit ketujuh perlawanan sebelum The Blues bangkit mengatasi dengan kemenangan 4-1.

Erling Haaland menjaringkan gol pertama City menerusi sepakan penalti pada minit 11 sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-88, satu lagi jaringan City dihasilkan oleh kapten pasukan, Kevin De Bruyne.

Ipswich memberikan Liverpool perlawanan yang sukar pada pembukaan liga minggu lepas walaupun tewas dengan keputusan 2-0, mereka juga menghadirkan saat cemas kepada juara bertahan itu.

"Kami beraksi sangat baik, pihak lawan juga memberi tentangan hebat buat kami," kata Pep Guardiola dalam satu sidang akbar.

"Apabila permainan dimulakan kami seolah menghormati corak permainannya sehingga dibolosi pada minit tujuh perlawanan.

"Saya melihat mereka datang dari divisyen 2 liga dan mereka seperti membawa semangat yang luar biasa untuk beraksi di liga utama inggeris ini. 

"Saya melihat perlawanan mereka menentang Liverpool dengan corak permainannya yang sangat baik di stadiumnya sendiri" kata Pep Guardiola.

City kini mendahului saingan liga susulan dua kemenangan yang terhasil daripada dua perlawanan. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video