EPL: Pep Guardiola mahu anak buahnya sedia perangi Liverpool
Saufi Tahir
Mac 10, 2024 09:59 MYT
Mac 10, 2024 09:59 MYT
Pep Guardiola mendesak pasukan kendaliannya Manchester City, agar bersedia sepenuhnya untuk 'mengatasi segala rintangan' dalam perlawanan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool, malam ini.
Juara bertahan itu akan membuat perhitungan di Anfield untuk perlawanan yang mungkin menjadi bayangan awal siapakah yang bakal memegang takhta juara liga untuk musim ini.
Two of the greatest masterminds in football ? Jürgen Klopp and Pep Guardiola truly perfected the beautiful game ❤️ ? pic.twitter.com/hcxMMIfZb5
— OneFootball (@OneFootball) March 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Suasana yang dijangkakan akan menjadi sangat sengit dengan tekanan kepada setiap pemain dan terutamanya pengadil perlawanan, dia berharap pasukannya itu dapat mengatasi segala-galanya.
"Kami perlu mengatasi situasi ini untuk terus berada di puncak liga dan berjuang sehabis baik untuk gelaran juara liga kali yang keempat berturut-turut. Ini adalah cabaran yang perlu kami hadapi.
"Kami tidak dapat mengawal sepenuhnya apa yang akan terjadi di dalam stadium nanti dengan keputusan yang akan pengadil perlawanan putuskan.
"Apa yang dapat kami lakukan adalah memberikan persembahan yang lebih baik, dan itu adalah perkara yang saya tahu sepanjang hidup saya. Hanya satu perkara yang dapat saya kawal adalah persembahan pasukan saya di atas padang." katanya.