EPL

EPL: Penyokong Man City rancang protes tidak hadir sembilan minit awal permainan

Najmi Iman 30/03/2025 | 05:58 MYT
Kumpulan penyokong gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, melancarkan pemberontakan atas sebab ketidakpercayaan pihak ketiga yang mengendalikan sistem tiket perlawanan kelab itu.
Peminat The Citizen merancang protes untuk tidak hadir selama sembilan minit awal permainan berhubung perjanjian Man City dengan agensi tiket daripada badan penyelia luar.
Kerjasama itu merupakan langkah yang tidak disenangi penyokong yang menggesa semua orang supaya menjauhkan diri dari tempat duduk mereka sebagai tanda kemarahan.
Penyokong tidak berpuas hati dengan perjanjian itu kerana terdapat ketidaktelusan mengenai hasil jualan tiket yang tidak pergi ke penyokong.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peminat juga mengambil berat tentang isu keselamatan menekankan bagaimana situasi itu boleh menimbulkan kurangnya kepercayaan antara penyokong dan kelab.
"Banyak kelab menjalankan platform penjualan semula tiket dalaman mereka sendiri yang membenarkan penyokong menyerahkan tiket kepada satu sama lain.
"Mengapa mana-mana kelab perlu melibatkan syarikat pihak ketiga yang menaikkan harga dan mengaut keuntungan daripada perlawanan?" kata peminat.
#bola sepak #Manchester City #EPL #Liga Perdana Inggeris