Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Penjaga garisan perlawanan Liverpool-Arsenal akan disiasat kerana siku Robertson

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andy-robertson_.jpg
Badan yang bertanggungjawab terhadap pegawai Liga Perdana Inggeris (EPL) akan melakukan siasatan selepas seorang pembantu pengadil dilihat menyiku pemain Liverpool, Andry Robertson, dalam perlawanan menentang Arsenal di Anfield awal pagi tadi.

Liverpool bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Arsenal 2-2, di mana Roberto Firmino menanduk masuk gol penyamaan The Reds pada lewat permainan untuk menyekat kemenangan pendahulu liga berkenaan.

Perlawanan itu berlangsung dengan suasana tegang dan pada penghujung separuh masa pertama, jelas kelihatan pertelingkahan di antara penjaga garisan, Constantine Hatzidakis, dan bek kiri Liverpool, Robertson.

Menerusi siaran televisyen, Robertson dilihat bertengkar dengan penjaga garisan itu sebelum Hatzidakis dirakam menaikkan sikunya dan melakukan kontak terhadap pemain kebangsaan Scotland berkenaan.

Menurut Sky Sports, Robertson berkata pegawai berkenaan telah menyiku kerongkongnya dan kapten Liverpool, Jordan Henderson, dilaporkan telah memaklumkan perkara itu kepada pengadil, Paul Tierney.

Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), badan yang bertanggungjawab terhadap pengadil EPL, berjanji akan melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu.

Dalam kenyataan yang dilaporkan secara meluas dikeluarkan sebelum tamat perlawanan itu, badan berkenaan berkata: "PGMOL menyedari insiden yang melibatkan penolong pengadil, Constantine Hatzidakis, dan pertahanan Liverpool, Andrew Robertson, ketika separuh masa perlawanan Liverpool menentang Arsenal di Anfield.

"Kami akan mengkaji semula sepenuhnya perkara itu sebaik perlawanan tamat."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video