Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Pengurus Newcastle sendiri buntu situasi Alexander Isak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

isak.jpg
Eddie Howe menagih ketelusan mengenai masa depan Alexander Isak selepas mengakui "tidak tahu" di mana kedudukan Newcastle United terhadap pemain sasaran Liverpool itu. 

Isak sanggup berjumpa pemilik bersama Newcastle, Jamie Reuben, dan delegasi daripada pemilik kelab Public Investment Fund itu semalam setelah diasingkan daripada skuad utama Magpies.

The Reds memutuskan untuk tidak membuat bidaan melebihi  £110 juta (RM623.9j) melainkan situasi mendadak yang banyak berlaku sejak minggu lalu. 

Begitupun, Howe mengakui berada dalam kesamaran mengenai situasi penggempur itu tatkala jendela perpindahan musim panas kian suntuk. 

"Sudah lama saya tidak membincangkan perkara ini," katanya. 




"Saya telah mempersiapkan pasukan dan menyalurkan tenaga saya kepada pemain yang mahu mewakili Newcastle. Di situlah tenaga saya digunakan sebaik-baiknya.

"Saya tidak tahu di mana kedudukannya (Isak) pada saat ini. Kami yang sepatutnya diberikan penjelaskan, kami mahu terus maju. Kami mahu naratif ini berubah.

"Kami berada pada permulaan musim. Kkami perlu mendapatkan keputusan dan cuba fokus kepada apa yang kami boleh kawal. 

"Kami telah menyajikan dua persembahan yang sangat baik dan sekadar mengutip satu mata. Ia sukar untuk ditelan. 

"Tidak dinafikan kualiti Alex pasti akan menjadi pembezaan dalam dua perlawanan itu. 

"Namun, untuk mengatakan pasukan ini berfungsi dengan baik tidak akan berlaku tanpa setiap bahagian pasukan berfungsi dengan baik."
Football Shoes

Upgrade Game Anda ke Level EPL!

Semangat EPL membara? Lengkapkan setup gaming anda dengan aksesori padu ini — main lebih lancar, lebih seronok dengan kawan.


Grab Gear EPL Anda Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video