EPL: Penggantungan Van Dijk ditambah berserta denda
Muzaffar Musa
September 9, 2023 12:13 MYT
September 9, 2023 12:13 MYT
Kapten Liverpool, Virgil van Dijk, dikenakan tambahan penggantungan satu perlawanan dan denda sebanyak £100,000 (RM582,925.26) selepas mengaku bersalah berkelakuan tidak wajar ketika dilayangkan kad merah sewaktu menentang Newcastle United.
Pemain kebangsaan Belanda itu diarahkan keluar padang kerana mengasari Alexander Isak dalam separuh masa pertama ketika meraih kemenangan 2-1 di St. James' Park pada 27 Ogos lalu tetapi dia pada awalnya enggan meninggalkan padang dan kemudian bertelagah dengan pengadil, John Brooks.
Penggantungan satu perlawanan yang dikenakan sebelum ini menyaksikan pertahanan tengah itu tidak dapat beraksi ketika Liverpool menewaskan Aston Villa 3-0 sebelum waktu rehat antarabangsa dan dia kini akan menjalani penggantungan tambahan, sekali gus terlepas kunjungan ke laman Wolves pada 19 September ini.
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) September 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak England (FA) berkata: "Virgil van Dijk telah digantung satu perlawanan dan didenda £100,000 kerana melanggar Peraturan FA E3.1 semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menentang Newcastle, pada Ahad, 27 Ogos lalu.
"Pemain pertahanan itu mengakui bahawa dia bertindak dengan secara tidak wajar dan menggunakan kata-kata kesat dan menghina terhadap pegawai perlawanan selepas dibuang padang pada minit ke-29, dan hukuman berkenaan kemudiannya telah diputuskan oleh suruhanjaya kawal selia bebas."