Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Peminat Brighton meninggal dunia semasa aksi menentang Fulham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brighton.jpg
Seorang penyokong Brighton and Hove Albion berusia 72 tahun meninggal dunia selepas mendapati tidak sihat semasa separuh masa kedua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham.

Lelaki tersebut yang berada di tingkat atas East Stand di Stadium Amex, menerima bantuan kecemasan daripada pegawai perubatan di tempat kejadian tetapi meninggal dunia selepas tamat permainan yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Ketua Eksekutif Brighton, Paul Barber, berkata: "Ini adalah pengakhiran yang sangat menyedihkan bagi perlawanan petang ini, dan ucapan takziah kami ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan lelaki itu."

 

"Walaupun lelaki berkenaan adalah yang paling utama dalam fikiran kami, kami juga sedar bahawa ia adalah situasi yang penuh emosi buat kakitangan dan penyokong di kawasan berhampiran.

"Dalam beberapa hari akan datang kami akan memastikan mereka yang terjejas disokong dengan sewajarnya."

Pasukan keselamatan Brighton, dengan sokongan Polis Sussex dan penganjur liga, memilih untuk tidak menghentikan permainan kerana majoriti peminat dan kedua-dua pasukan tidak menyedari kejadian itu.

Advertisement

Must Watch Video