Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Pemain Tottenham kena tengking sebelum benam pilihan K-League

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

son.jpg
Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou, tidak dapat membendung kemarahan terhadap barisannya yang lesu dalam perlawanan persahabatan pramusim malam tadi. 

Spurs menewaskan K-League XI 4-3 sebagai persiapan menghadapi kempen baru Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menduduki tempat kelima musim lalu. 

Postecoglou menamakan kesebelasan utama yang mantap untuk perlawanan ujian itu termasuk ikon Korea Selatan, Son Heung-Min, Dejan Kulusevski dan Brennan Johnson serta bintang baru, Archie Gray. Tetapi mereka gagal memecah kebuntuan dalam 25 minit pembukaan, lantas mengundang rasa kurang senang pengendali keturunan Australia-Greek itu.

Mesej itu jelas diterima anak buahnnya kerana beberapa minit selepas menyambung permainan, Kulusevski meletakkan Spurs 1-0 sebelum Son menjaringkan dua gol tidak lama kemudian, K-League All Stars membalas dengan dua gol tetapi penyerang berusia 19 tahun, Will Lankshear, kembali memberi kelegaan buat Tottenham di penghujung permainan biarpun tuan rumah kembali mengurangkan defisit gol, sekali gus merakamkan kemenangan pramusim keempat berturut-turut, kejayaan kedua mereka dalam jelajah di Asia.

“Tiada apa-apa yang spesifik,” jawab bekas pengurus Celtic itu. 

 

“Ia lebih kepada memastikan kami terus menekan kerana berdasarkan keadaan dan beban latihan yang cukup tinggi ke atas pemain, saya tidak mahu kami mengendurkan dan benar-benar mahu beri tekanan hingga waktu rehat. 

"Tiada apa yang lebih mustahak berbanding kecergasan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video