Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Onana kecewa United tewas di laman lawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

onana.jpg
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana, ternyata kecewa dengan kegagalan pasukannya meraih sebarang mata dalam aksi kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Brighton and Hove Albion di Stadium Amex semalam. 

United gagal meneruskan rentak kemenangan 1-0 ke atas Fulham dalam aksi pembukaan ketika bertandang ke laman Brighton, tewas 1-2.

The Red Devils yang berusaha untuk membentuk momentum di awal musim bagaimanapun berdepan langkah kiri menjelang pertemuan ketiga liga bertemu Liverpool. 

Selepas tamat perlawanan, Onana yang dihubungi TNT Sports berkata, “Sudah tentu saya sangat kecewa jika anda bertanyakan perasaan saya selepas perlawanan ini.

"Sasaran kami adalah untuk menang namun ia amat memalukan kerana kami tewas.

"Pasukan telah bermain baik berbanding lawan. Kami mencipta lebih banyak peluang dan mengawal permainan.

"Cukup mengecewakan selepas gol kedua United dibatalkan. Namun kami perlu menerima inilah bola sepak dan kami perlu melihat ke hadapan.

"United perlu kekal bersatu, terutamanya apabila berdepan situasi sukar seperti ini. 

"Kami perlu kekal positif, ini hanya perlawanan kedua musim ini."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video