EPL
EPL: Old Trafford terlalu 'berat' buat Man United
Manchester United terus dirundung malang apabila menjejakkan kaki di laman keramat Old Trafford, susulan mengalami kekalahan 0-2 di tangan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Hadir ke dalam perlawanan ini menerusi dua kemenangan di tempat lawan, mengatasi Fulham 1-0 di Craven Cottage dalam saingan EPL sebelum memastikan slot ke pusingan 16 Liga Europa (UEL) hasil kemenangan 2-0 ke atas FCSB di Romania.
Kembali beraksi dalam saingan EPL bagi memperbaiki kedudukan mereka yang kian menjunam ketika ini, bertemu Palace.
Iklan
Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, dan memasuki separuh masa kedua, Jean-Philippe Mateta meledak gol pembukaan pada minit ke-64.
Kelebihan satu jaringan itu membenarkan mereka untuk membuat Man United dalam keadaan terdesak dalam usaha mendapatkan gol penyamaan, dan strategi itu berhasil untuk menggandakan kelebihan pada minit ke-89 apabila Mateta sekali lagi bertindak menambah perit di luka seluruh peminat Man United.
Kekalahan itu menyaksikan United kekal di tangga ke-13 manakala Palace berkelebihan satu mata di tempat ke-12.
— Manchester United (@ManUtd) February 2, 2025
Must-Watch Video