Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Nunez yakin mampu ulang kecemerlangan Suarez di Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

darwin-nunez.jpg
Darwin Nunez yakin dia mampu mengikut jejak Luis Suarez dalam memacu kegemilangan di Liverpool dan menjangkakan dirinya akan mula mencuri tumpuan dalam musim keduanya bersama pasukan itu.

Penyerang kebangsaan Uruguay itu bergelut untuk menemui aksi konsisten sejak tiba di Anfield daripada Benfica pada Jun lalu, di mana dia menjaringkan gol dalam dua penampilan pertama tetapi hanya dapat merekodkan lapan jaringan daripada 23 penampilan secara keseluruhan selepas itu.

Pergelutan Nunez di depan gawang turut dipengaruhi masalah yang sedang dialami Liverpool, di mana pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu kini sedang menduduki tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris (EFL) dan Piala FA.

Walaupun menyedari masalah yang dihadapinya sepanjang separuh musim pertamanya di England, Nunez melihat permulaan perlahan Suarez di Merseyside mampu memberikannya motivasi untuk bangkit seperti yang dilakukan legenda Uruguay berkenaan.

Bekas penyerang Ajax, Suarez, hanya menjaringkan 15 gol daripada 44 penampilan pertamanya dalam semusim setengah bersama Liverpool sebelum merekodkan 54 gol daripada 66 penampilan menjelang perpindahannya ke Barcelona pada 2014.

"Amat jelas, masih banyak yang perlu saya usahakan, sebagai contoh daripada segi penyudah," katanya kepada Sky Sports.

"Tetapi saya rasa perkara sama pernah berlaku kepada Suarez. Dalam musim kedua, dia benar-benar hebat.

"Sesuatu yang sama juga pernah terjadi kepada saya di Benfica. Tahun pertama berakhir dengan buruk buat saya tetapi pada tahun kedua, saya meledak.

"Di sini, saya fikir perkara sama akan berlaku. Saya harap musim kedua akan berlaku seperti itu.

"Saya akan memberikan yang terbaik pada masa akan datang dan berharap akan mendapat sedikit tuah," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video