Pemain berusia 22 tahun itu menyertai kelab berkenaan dengan kontrak lapan tahun selepas menjaringkan 12 gol bersama pasukan LaLiga itu musim lalu.
Dia memulakan kariernya bersama kelab Liga Perdana Senegal, Casa Sports, sebelum berpindah ke Villarreal pada September 2019.
Kempen memberangsangkan bersama pasukan Sepanyol itu menyaksikan dia melakukan 38 penampilan dalam kesemua kejohanan buat kelab berkenaan dan turut mendapat panggilan untuk mewakili skuad kebangsaan Senegal ke Piala Dunia.
Blue suits him, doesn’t it? ? pic.twitter.com/9AN7ISPioL
— Chelsea FC (@ChelseaFC) June 30, 2023
Pengumuman itu dilakukan tidak lama selepas Chelsea mengesahkan pemergian Ruben Loftus-Cheek ke AC Milan secara perpindahan tetap.
Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Milan dengan kontrak empat tahun sehingga Jun 2027.
Dia meninggalkan Chelsea selepas 19 tahun bersama The Blues, di mana dia mula menyertai akademi mereka pada 2004.
19 years, countless memories. ?
— Chelsea FC (@ChelseaFC) June 30, 2023
Good luck in your new challenge, @RLC. ? pic.twitter.com/i5pL8zBh1L