Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Newcastle lengkapkan perpindahan Sandro Tonali daripada AC Milan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sandro-tonali.jpg
Newcastle United melengkapkan perpindahan bintang AC Milan, Sandro Tonali, sebagai persiapan untuk kembali menghadapi kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Pemain tengah Itali berusia 23 tahun itu menandatangani kontrak dengan nilai yang tidak didedahkan, di mana kesepakatan awal itu dilaporkan akan mengekalkannya di St James' Park sehingga 2028.

Tonali, yang sudah mengumpulkan 14 penampilan bersama skuad senior Itali, membantu negaranya dalam Kejohanan Eropah B-21 di Georgia dan Romania sepanjang beberapa minggu lalu dan pengumuman mengenai ketibaannya di Newcastle United dilakukan sehari selepas Itali tersingkir daripada kejohanan itu.

Bekas pemain Brescia itu berkata: "Yang pertama, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Newcastle United kerana mereka telah memberikan satu peluang yang besar dalam karier saya.

"Saya mahu membalas kepercayaan ini dengan aksi di atas padang, memberikan yang terbaik seperti yang selalu saya lakukan.

"Saya amat teruja untuk beraksi di St James' Park. Saya tidak sabar untuk merasai kehangatan penyokong di sana," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video