EPL

EPL: Nathan Ake lanjut kontrak di Manchester City sehingga 2027

Muzaffar Musa 30/07/2023 | 02:32 MYT
Pertahanan Manchester City, Nathan Ake, melanjutkan kesepakatannya bersama kelab itu sehingga 2027, demikian diumumkan pasukan juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan semalam.
Pemain kebangsaan Belanda itu memanjangkan kontrak asal dua tahunnya, sekali gus akan kekal di Stadium Etihad untuk empat tahun lagi.
Ake merupakan watak penting buat pasukan bimbingan Pep Guardiola berkenaan sewaktu muncul juara 'treble' musim 2022-23, di mana dia melakukan 41 penampilan dalam kesemua kejohanan.
Pemain berusia 28 tahun itu berkata: "Ini adalah kelab terbaik di dunia, saya tiada keraguan mengenainya.
"Menjadi pemain Manchester City membuatan saya luar biasa bangga setiap hari.
"Ia sebuah kelab bola sepak yang mementingkan kecemerlangan di setiap sudut, yang menjadikannya sebagai satu persekitaran terbaik untuk berkembang.
"Ia memacu saya dan membuatkan saya berasa lebih baik. Saya berada di tahap karier di mana saya mahu terus berkembang dan saya sememangnya dapat melakukannya di sini.
"Pep adalah pengurus terbaik dalam bola sepak -- seorang genius yang membuatkan saya melihat permainan dengan cara berbeza -- jadi untuk dapat bekerja dengannya dengan lebih lama merupakan satu keistimewaan.
"Saya amat berterima kasihb kepadanya atas segala yang telah dilakukannya untuk saya, secara peribadi dan profesional," katanya.
Untuk rekod, bekas pemain Chelsea itu menyertai City daripada Bournemouth dengan tanda harga £41 juta (RM239.83 juta) tiga tahun lalu.
#bola sepak #Manchester City #Nathan Ake #Liga Perdana Inggeris #Guardiola #Pep
;