Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Mykhailo Mudryk, Armando Broja pastikan Chelsea ungguli aksi Derby London dengan Fulham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chelsea.jpg
FULHAM 0 CHELSEA 2

Mykhailo Mudryk dan Armando Broja menemui sasaran untuk Chelsea menewaskan Fulham 2-0 dalam aksi 'Derby London' Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage awal pagi tadi. 

Mudryk membuka jaringan pada minit ke-18 sebelum Broja menggandakan kelebihan itu hanya berselang seminit untuk memberikan The Blues tiga mata yang dicari-cari mereka.

Keputusan itu menyaksikan Chelsea menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan berturut-turut dan memberikan kelegaan buat Mauricio Pochettino, di mana pasukannya kini sudah mula mengubah nasib mereka.

Chelsea memulakan aksi dengan bersemnanangat, di mana pasukan pelawat itu lebih banyak menguasai kawasan lawan dan menunjukkan aksi positif di bahagian tengah menerusi gandingan Cole Palmer dan Enzo Fernandez, yang melakukan umpanan licik kepada Mudryk sebelum penyerang berkenaan melakukan larian pantas yang disusuli dengan percubaan pertamanya pada minit ke-10.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Ukraine itu tidak mensia-siakan peluang keduanya untuk meletakkan Chelsea di depan dengan memanfaatkan hantaran Levi Colwill bagi menewaskan Bernd Leno, sekali gus menamatkan penantian jaringan pertamanya bersama The Blues.

Seminit selepas itu, Chelsea menggandakan kelebihan mereka apabila Palmer, yang kali pertama tersenarai sebagai kesebelasaan permulaan pasukan pelawat berkenaan, menggunakan kesilapan hantaran lawan untuk melakukan lorongan kepada Broja yang kemudian disudahkan ke gawang lawan.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kini menduduki tangga ke-11 EPL.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video