Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Mimpi ngeri buat David Raya pada Hari Lebaran Keenam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

david-raya.jpg
Penjaga gol, David Raya, melalui hari paling buruknya sejak tiba di Arsenal pada musim panas lalu apabila dua percubaan tepat Aston Villa pada tengah malam tadi berakhir di dalam gawangnya. 

Dua gol lewat permainan daripada Aston Villa di penghujung perlawanan di Stadium Emirates itu meletakkan mereka dalam keraguan untuk menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berikutan gagal memintas semula kedudukan teratas yang dirampas Manchester City, sehari sebelumnya. 

Raya merupakan anggota skuad utama berbanding Aaron Ramsdale untuk mengisi posisi di depan pintu gol itu, 




Begitupun, dia diatasi apabila gagal menutup situasi yang mengundang gol pembukaan Leon Bailey malah mujur dua lagi percubaan pelawat singgah di tiang serta palang. 

Lebih parah, penjaga gol kelahiran Barcelona itu dipermalukan dengan jaringan lambung Ollie Watkins yang menyusup dari celah tangannya untuk kedudukan 0-2. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video