EPL
EPL: Mikel Arteta sahkan Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, mengesahkan The Gunners akan beraksi tanpa khidmat Bukayo Saka selama 'beberapa minggu' selepas dia mengalami kecederaan hamstring ketika membantu pasukannya membenam Crystal Palace 5-1, minggu lalu.
Saka digantikan pada minit ke-24 di Selhurst Park oleh Leandro Trossard dengan dia meninggalkan stadium dalam keadaan bertongkat.
Untuk rekod, dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), hanya Mohamed Salah (26) dan Cole Palmer (17) telah terlibat dalam banyak gol berbanding Saka (14).
Iklan
Mikel Arteta has confirmed that Bukayo Saka will face a spell on the sidelines pic.twitter.com/xFMaNq0ZR0— Premier League (@premierleague) December 23, 2024
"Ia tidak kelihatan baik, dia terkeluar selama beberapa minggu. Itulah keadaannya. Dia cedera, kami tidak boleh mengubah perkara itu. Kami akan gunakan masa kami untuk membantu dia.
"Mungkin ada cara untuk mengelakkan kecederaan itu, kami melihat banyak faktor, kami melihat segala-galanya dan apa yang boleh kami lakukan." katanya.
Secret Saka! ?What would Bukayo Saka buy his Arsenal team-mates for Christmas? ?#BBCFootball pic.twitter.com/6AAmuqJKKO— BBC Sport (@BBCSport) December 23, 2024
Namun, Arteta percaya Gabriel Martinelli mampu mengisi tempat kosong itu semasa ketiadaan Saka, dengan kali terakhir dia menjaringkan gol ketika berdepan Eagles juga.
Must-Watch Video