Mikel Arteta dan David Moyes mempunyai sejarah yang panjang, justeru pengendali Arsenal itu berharap pengurus West Ham tersebut akan memberi muka kepadanya pada esok.

Arteta merupakan pemain asuhan Moyes selama lebih enam tahun ketika mengendalikan Everton di antara musim 2005 dan 2011.

Begitupun, Arsenal wajib mengalahkan Toffees di Stadium Emirates pada hari terakhir musim ini untuk menghidupkan peluang menawan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi tatkala Arsenal harus melaksanakan tugasan sendiri, mereka juga memerlukan bantuan daripada West Ham yang akan menentang pendahulu Manchester City. Jika pasukan bimbingan Pep Guardiola itu menang maka gelaran tersebut akan kekal menjadi milik mereka.

Kunjungan The Hammers ke Stadium Etihad juga menandakan perlawanan terakhir Moyes sebagai pengurus West Ham, maka tidak hairanlah Arteta menuntut satu lagi bantuan daripada bekas mentornya itu.

"Dia memainkan peranan penting dan sangat penting dalam karier saya sebagai pemain bola sepak dan seorang insan. Dia boleh membantu kami untuk memenuhi impian kami dan impian peribadi saya untuk memenangi EPL," kata Arteta.



"Satu-satunya perkara yang kami bincangkan ialah memberi peluang kepada diri sendiri untuk menjalani hari yang indah. Mungkin, ia adalah bola sepak. Setiap minggu kami perlu beraksi.

"Kami perlu menang, kemudian berharap West Ham membantu kami mencapai impian kami. Bahagian pertama itu terletak kepada kami, itulah satu-satunya perkara yang boleh kami fokuskan."