EPL: Mikel Arteta kagum impak pengendali baru Manchester United

Saufi Tahir
Disember 3, 2024 07:34 MYT
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, berasakan pengaruh Ruben Amorim sudah jelas kelihatan dalam corak permainan Manchester United menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, awal pagi esok.
The Red Devils sudah melakar satu kemenangan dan satu keputusan seri -Menewaskan Everton 4-0, seri berdepan Ipwich Town 1-1 - daripada dua aksi EPL di bawah kendalian bekas jurulatih Sporting CP itu.
Jurulatih United itu akan menghadapi ujian paling sukar berdepan The Gunners dengan kehadiran mereka ke tempat lawan yang mempunyai rekod buruk selepas tewas dalam tujuh daripada sembilan pertemuan terakhir dalam saingan liga EPL berdepan Arsenal.

A midweek trip to the capital awaits ?#MUFC || #PL pic.twitter.com/1e6VrILJW3

— Manchester United (@ManUtd) December 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, Arteta turut berasa kagum dengan impak pantas Amorim dengan menjelaskan: "Anda boleh melihat corak yang diterapkannya dengan cara yang dia ingin bermain. Anda tahu apa yang dia ingin lakukan, saya rasa ianya perkara yang sangat jelas.
"Ia adalah luar biasa selepas pencapaian bertahun-tahunnya di sana (Sporting), terutamanya dengan cara dia melakukan dan cara pasukan beraksi.
"Dia membawa tenaga baru kepada kelab, pemain, idea baru dan sentiasa positif. Kem kami memberikan tumpuan untuk diri sendiri, kami berada di landasan serta momentum yang baik. Ia akan menjadi perlawanan yang besar dan indah menentang Manchester United." katanya dalam sidang media praperlawanan.
#Arsenal #Manchester United #EPL #Mikel Arteta #Ruben Amorim
;